Mesyuarat Bersama Kolej FELCRA

KAMPUNG GAJAH – 26 OGOS 2020

Perbincangan ini melibatkan Encik Aizad yang merupakan Penolong Pendaftar Kolej FELCRA, Cik Aifa (Kaunselor), Encik Adam (HEP) dan wakil PASAK. Kolej ini terletak di Seberang Perak, Kg Gajah. Kolej ini menawarkan Program Diperingkat Sijil & Diploma Dalam Bidang Perladangan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kekeluargaan, Perniagaan & Keusahawanan.

Kolej FELCRA berbesar hati untuk menyertai program Jelajah Kerjaya & Pendidikan. Kolej FELCRA juga menerima kehadiran PASAK bagi Program Eksplorasi Kampus. Bukan itu sahaja, Kolej FELCRA mencadangkan agar PASAK menjalankan Program Jangka Masa Pendek bagi Kursus Bahasa Inggeris kepada para pelajar bagi memudahkan pelajar memasuki temuduga kelak. Kolej FELCRA menawarkan penggunaan fasiliti untuk program PASAK yang melibatkan orang awam.

Terima kasih kepada pihak Kolej FELCRA kerana sudi bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program-program PASAK. Diharapkan kerjasama antara Kolej FELCRA dan Pihak PASAK boleh teruskan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*