MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS FERTIGASI CILI@SUNGAI MANIKDI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI PEKERJAAN

Sungai Manik – 01 April 2021

Majlis penutupan hari ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Merangkap ADUN Kawasan Sungai Manik.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]), Encik Azizul Bin Mohd Othman (Ketua Eksekutif Perak Eclat TVET [PET]), Encik Mohd Sharifudin Bin Mohd Yunus (Pegawai Pertanian Daerah Hilir Perak), Encik Mohd Nor Bin Mohd Rashid (Penghulu Mukim Labu Kubong), Srikandi Armada Pasir Salak, dan para peserta kursus.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini dan peserta berpeluang untuk menceburkan diri sebagai usahawan tanaman cili fertigasi sekaligus dapat meningkatkan kemahiran mereka. Pada masa yang sama, inisiatif yang mendapat sokongan daripada pihak kerajaan negeri ini dapat membantu rakyat di negeri Perak untuk memperoleh kemahiran dan meneruskan kelangsungan serta dapat meningkatkan taraf kehidupan hidup mereka.

PASAK mewakili Jawatankuasa TVET Negeri Perak akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat di luar sana terutamanya bagi mereka yang terkesan dalam penularan wabak COVID-19 yang kini masih mencabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*