MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MINGGU TVET PERAK 2021 (MTP21)

Alhamdulillah, selesai sudah program Minggu TVET Perak 2021 anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di bawah EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia telah berlangsung dari 6hb Sept – 12hb September 2021. Semua program diadakan secara alam maya.
Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang ianya berlangsung, dikendalikan secara profesional dengan usahasama Perak Eclat TVET (PET) serta Ruang Cikgu Berhad (RCB).
Program yang ulung-ulung diadakan secara maya oleh PASAK ini adalah disebabkan kekangan pandemik Covid 19 yang melanda negara dan seluruh dunia. Acara menarik yang turut diadakan ialah Debat TVET, Esport, TVET Muzik dan sebagainya. Walaupun diadakan secara maya, namun ianya tetap meriah, hampir 8600 peserta dari seluruh Perak telah mendaftar untuk mengunjungi acara maya ini. Ini menjadikan acara ini sebagai acara TVET maya yang terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.
Sebanyak 54 institusi TVET melibatkan diri dalam Minggu TVET. Tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang profesional dan kerjaya turut diundang untuk berkongsi pengalaman dan motivasi kepada para peserta.
Kepada semua warga PASAK dan semua yang terlibat, saya selaku Pengarah PASAK mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas kesungguhan menjayakan program ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada YAB Dato’ Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak yang merasmikan pembukaan Minggu TVET Perak 2021, YB Ahmad Saidi selaku EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, Pengarah UPEN, Puan Halizah Sipun yang merasmikan majlis penutup serta seluruh yang terlibat menjayakan program ini.
Sebagaimana manusia biasa, sehebat mana pun kita, tetap ada kelemahan dan kekurangan, atas perkara tersebut, pihak PASAK memohon ribuan kemaafan, itu semua menjadi pengalaman dan motivasi untuk kita semua memperbaiki dan meningkatkan azam untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang, kita bekerja secara berpasukan, semua berperanan dengan tugas masing-masing demi menjayakan impian yang terbaik untuk PASAK.
Kita tumpukan pula program yang akan datang, kemungkinan pandemik akan menjadi endemik, program bersemuka akan dibenarkan mengikut SOP dan norma yg lebih ketat. Bolehlah perancangan program bersemuka yang tertangguh kita laksanakan semula.


Misbahul Munir
Pengarah PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*