MAJLIS PERASMIAN KURSUS HOTEL EMPLOYEE TRANSFORMATION PROGRAM

GERIK- 08 MAC 2021, 10.00 PAGI
Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Kursus Hotel Employee Transformation Program yang telah bertempat di Belum Rainforest Resort. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak. Yang Berhormat Puan Salbiah binti Mohamed , Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Temengor turut hadir dalam Majlis Perasmian kursus pada hari ini.
Kursus Hotel Employee Transformation Program adalah salah satu daripada Skim Latihan Peningkatan Kemahiran/ Skills Enhancement Training (SET) di bawah Program Transformasi Pekerjaan/WorkPro. Kursus yang bermula pada 8 Mac ini akan berlangsung selama 4 hari sehingga 11 Mac 2021.
Turut ditekankan di dalam majlis berkenaan penguasaan pelbagai kemahiran (multiskill) amat digalakkan malah menjadi kelebihan bagi seseorang dalam membina laluan kerjayanya. Penguasaan pelbagai kemahiran ini merupakan kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja yang lain. Ia tidak meliputi kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh sesuatu bidang pekerjaan yang khusus sahaja, malah merangkumi semua bidang kerjaya.
Seramai 42 orang peserta telah terpilih untuk menyertai kursus ini di mana mereka terdiri daripada kelompok pekerja resort yang terjejas khususnya mereka yang diberi cuti tanpa gaji dalam tempoh pandemik Covid-19. Terdiri daripada 32 orang pekerja lelaki & 10 orang pekerja perempuan dalam lingkungan umur 23 tahun-61 tahun.
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah dihadiri oleh Pengarah PASAK, Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki diiringi bersama Pengurus Besar PASAK, Encik Mohamad Fikri Bin Mohd Junit serta dari Unit TVET PASAK iaitu Cik Asyikin dan Cik Jannah
Turut bersama adalah Encik Azizul bin Mohd Othman selaku Ketua Eksekutif Perak Eclat TVET (PET) dan Encik Fadzli bin Nordin
Untuk makluman, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Perak Eclat TVET (PET) adalah sekretariat dan entiti pelaksana utama yang telah dilantik oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak bagi melaksanakan dasar pembangunan dan hala tuju berkaitan TVET di negeri Perak.
PASAK yang berperanan sebagai agensi milik penuh kerajaan Negeri Perak dan merupakan sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak amat mengambil maklum mengenai inisiatif pihak kerajaan Negeri Perak dalam menjamin kepentingan dan kesejahteraan golongan pekerja terjejas termasuklah individu yang terlibat di dalam industri pelancongan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Belum Rainforest Resort di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program kursus ini berlangsung. Wakil pihak resort yang telah hadir sama dalam memeriahkan majlis adalah Puan Mazrita binti Mazlan selaku Ketua Pegawai Operasi EMKAY Group dan Encik Musa Bin Yunus sebagai Pengurus Belum Rainforest Resort.
Diharapkan dengan kursus kemahiran umpama ini dapat memberikan maklum balas/ manfaat yang positif selari dengan usaha PASAK untuk menjayakan matlamat dan hasrat kerajaan Negeri bagi menjamin kesejahteraan industri pelancongan di Negeri Perak khususnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*