MAJLIS PERASMIAN KURSUS ASAS GUNTING RAMBUT DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI PEKERJAAN DENGAN KERJASAMA GPMS BAGAN DATUK

BAGAN DATOK – 19 DISEMBER 2020
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Khairuddin bin Tarmizi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang yang bertempat di Bangunan GPMS Bagan Datuk.
Majlis ini juga dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Dr. Uthayasoorian a/l Shamugam (Penolong Pengarah Rawatan, Perubatan & Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak (AADK), Encik Fikri bin Junit (Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Encik Kamarul Arief (Pengurus Perak Eclat TVET (PET) dan Cik Aimi Nabila (Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Teluk Intan)
Kursus Asas Gunting Rambut di bawah Program Transformasi Pekerjaan dengan kerjasama GPMS Bagan Datuk dan AADK ini adalah untuk membantu mereka yang terjejas akibat COVID19 antaranya kehilangan pekerjaan dan mencari peluang pekerjaan yang baru.
Program ini melibatkan peserta seramai 25 orang yang berumur lingkungan 19 tahun ke 46 tahun dan terdiri dari pelbagai tempat di Perak seperti Hilir Perak dan Perak Tengah (Bagan Datuk, Selekoh, Hutan Melintang, Seri Iskandar, Teluk Intan, Kampung Gajah, Rungkup)
Bukan itu sahaja, dengan adanya peluang kursus ini, peserta juga dapat menceburkan diri sebagai usahawan gunting rambut dan meningkatkan kemahiran mereka.
Program ini antara salah satu inisiatif drastik yang mendapat sokongan daripada pihak kerajaan negeri untuk membantu rakyat di negeri Perak, memperoleh kemahiran bagi meneruskan kelansungan kehidupan, yang menuntut usaha yang berterusan.
Namun, kursus ini akan menjadi satu kerugian, sekiranya kemahiran yang bakal dimiliki tidak dimanfaatkan dan tidak dipelajari dengan bersungguh-sungguh.
PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana terutamanya dalam menghadapi cabaran penularan wabak COVID-19 yang kini masih mencabar.
Nor Azlen
Penolong Eksekutif Sosial Media
Unit IT, Media dan Pemasaran
Pusat Aspirasi Anak Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*