MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL VOKASIONAL PSV E-HAILING DAN GDL KEPADA PESERTA PROGRAM TRANSFORMASI TENAGAKERJA

Majlis penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu kepada 50 orang peserta yang terlibat dalam program latihan ini.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi , Exco Kerajaan Negeri Perak, Encik Ahmad Afifi bin Mohammad Lotfi, Pengurus Perhubungan Korporat Pusat Aspirasi Anak Perak serta Encik Ahmad Faris bin Ahmad Shah, Eksekutif Perak Eclat TVET.

Program latihan ini dijalankan bagi membantu mereka yang terjejas akibat COVID19 antaranya kehilangan pekerjaan dan mencari peluang pekerjaan yang baru.

Majoritinya ada golongan belia yang sangat terkesan akibat penularan wabak ini. Kebanyakan mereka adalah ketua keluarga dan mencari pencari pendapatan utama bagi keluarga. Sememangnya kesukaran yang dihadapi sangat memberi kesan kepada kualiti hidup mereka.

Dengan penutupan syarikat – syarikat di pelbagai industri menjadikan penempatan pekerjaan adalah terhad dan keadaan ini menjadikan golongan belia Perak lebih sukar untuk mendapat pekerjaan pada ketika ini.

Dengan adanya program yang ditawarkan ini, belia negeri Perak yang menganggur dan dibuang
kerja dapat menampung diri dan keluarga berdasarkan inisiatif sendiri dimana dengan pemilikan lesen – lesen yang ditawarkan dan penempatan kerja di syarikat seperti Grab dan kurier (Pos Malaysia, Ninja Van, Gdex dan sebagainya)

Semuanya memerlukan lebih ramai pemandu disebabkan peningkatan industri pelancongan dalam negara dan peningkatan pembelian atas talian secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Sekiranya berlaku gelombang baru dalam pandemik, setiap pelatih program ini tidak akan terjejas
dan boleh bekerja sebagai ‘Frontliners’ di bidang pengangkutan, penghantaran dan pengagihan makanan dan barangan.

Lesen – lesen yang dimiliki menerusi program yang ditawarkan ini akan terus menjadi hak individu yang layak
mendaftar dan tidak akan terbatal selagi lesen – lesen tersebut diperbaharui setiap tahun dan tidak terlibat dalam kes mahkamah.

Dengan program yang ditawarkan ini, pihak kerajaan dan penyedia latihan telah menyediakan pelatih dengan lesen untuk bekerja “License to Work”. Pelatih tidak lagi mempunyai alasan lain untuk menganggur.

PASAK mewakili Jawatankuasa TVET Negeri Perak akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana terutamanya dalam menghadapi cabaran penularan wabak COVID-19 yang kini masih mencabar.

Ahmad Afifi bin Mohammad Lotfi
Perhubungan Korporat
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*