MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN TELEFON PINTAR KURSUS SUNTINGAN GAMBAR DAN VIDEO SERTA PEMASARAN SECARA ONLINE DI BAWAH PROGRAM TVET OKU NEGERI PERAK

IPOH – 12 April 2021

Majlis penyampaian sijil dan telefon pintar kepada peserta TVET OKU hari ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak )Majlis ini juga telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]), Encik Mohd Jamean bin Zulkepli (Timbalan Presiden Pusat Pemulihan Orang Cacat [PPOC] Negeri Perak ), Encik Muhammad Danial Azli ( Presiden Sahabat OKU Perak ), Encik Wan Mohammad Faizal ( Penyedia Latihan WMF Solutions ), wakil- wakil media, tetamu tetamu jemputan, dan para peserta yang diraikan.

Seramai 12 orang peserta telah menyertai kursus ini dan peserta berpeluang untuk memperoleh peluang kerjaya dan tajaan sebuah telefon pintar sebagai starter kid untuk permulaan perniagaan para peserta. Selain itu, dengan modul yang telah diajar, mereka juga berpeluang menceburkan diri sebagai “Admin Digital Marketer” serta bakal terlibat dengan beberapa projeck startup lagi pada masa akan datang.Seorang peserta muda, Hafiz (17 tahun) telah memulakan langkah pertama dengan membuat online video membuat roti. Inisiatif yang mendapat sokongan daripada pihak kerajaan negeri ini dapat membantu rakyat di negeri Perak untuk memperoleh kemahiran dan meneruskan kelangsungan serta dapat meningkatkan taraf kehidupan hidup mereka.

PASAK mewakili Jawatankuasa TVET Negeri Perak akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat di luar sana terutamanya bagi mereka yang terkesan dalam penularan wabak COVID-19 yang kini masih mencabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*