MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS ASAS GUNTING RAMBUT DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI PEKERJAAN DENGAN KERJASAMA GPMS BAGAN DATUK

BAGAN DATUK – 27 DISEMBER 2020

Majlis penutupan hari ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir Bin Masduki yang merupakan Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Majlis ini juga telah dihadiri oleh Encik Fikri bin Junit (Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Encik Kamarul Arief (Pengurus Perak Eclat TVET (PET) dan Encik Hisan Abdul Halim Naib Yang Di-Pertua Gpms Bagan Datuk dan peserta-peserta kursus. Seramai 26 orang peserta telah berjaya menamatkan sesi latihan kursus ini. Melalui kursus ini, peserta berpeluang untuk menceburkan diri sebagai usahawan gunting rambut dan meningkatkan kemahiran mereka.

Pada masa yang sama, inisiatif yang mendapat sokongan daripada pihak kerajaan negeri ini dapat membantu rakyat di negeri Perak untuk memperoleh kemahiran dan meneruskan kelangsungan serta dapat meningkatkan taraf kehidupan hidup mereka.

PASAK mewakili Jawatankuasa TVET Negeri Perak akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat di luar sana terutamanya bagi mereka yang terkesan dalam penularan wabak COVID-19 yang kini masih mencabar.

Siti Nor Jannah

Unit TVET

Pusat Aspirasi Anak Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*