Majlis Penutupan di bawah Program TVET Orang Asli

Majlis Penutupan di bawah Program TVET Orang Asli

Perak, 22 Ogos 2021

Sesi ke-4 Kursus Kemahiran Make Up Artistry Basic To Professional Secara Atas Talian dan Majlis Penutupan di bawah Program TVET Orang Asli anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah selesai berlangsung pada hari ini.Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia Negeri Perak diiringi Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Pengarah PASAK.Seramai 25 orang peserta dalam komuniti Orang Asli telah terlibat di bawah Kursus Kemahiran Make Up Artistry Basic To Professional Secara Atas Talian ini yang telah dijalankan sejak 1 Ogos 2021 sehingga 22 Ogos 2021. Antara modul yang telah dipelajari oleh para peserta adalah Day Make Up, Dinner Make Up & Bridal Make Up.Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*