Majlis Penghargaan bersama Ahli Dewan Belia Perak sesi 2018/2019

Pada 19 Januari 2020 yang lepas, PY Hub dimeriahkan lagi dengan program majlis penghargaan bersama Ahli Dewan Belia Perak bagi sesi 2018/2019.

Seramai 45 orang mantan ahli Dewan Belia Perak dan Jawatankuasa Induk Dewan Belia Perak  telah hadir untuk ke majlis penghargaan tersebut.

Majlis penghargaan yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Dewan Belia Negeri Perak bagi tujuan memberikan penghargaan dan sijil tamat kepada mantan ahli dewan belia perak.

Pelbagai perkongsian tentang perancangan bagi sesi 2020/2021 turut dibualkan dalam majlis tersebut.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Dewan Belia Perak bagi sesi 2018/2019 kerana telah menunjukkan usaha dan peluang yang yang mampu diperoleh belia perak terutamanya dalam menyumbangkan buah fikiran tentang pembangunan belia Perak, malah lantang dalam mengemukakan usul-usul yang membangkitkan belia di Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*