MAJLIS MAKAN MALAM PASAK

Ipoh – 9 Mac 2021 (Selasa)
Satu Majlis Makan Malam bersama Ahli Lembaga Pengarah,Pegawai serta kakitangan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah dianjurkan buat pertama kali semenjak penubuhan PASAK di Travelodge Hotel Ipoh.
Majlis ini diadakan bagi meraikan kakitangan di Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang senantiasa bertungkus lumus dalam membantu khususnya rakyat negeri Perak memperoleh peluang pekerjaan, latihan kemahiran & program-program bina insan.
Ucapan tahniah kepada tiga kakitangan PASAK yang telah memenangi kategori :
Pekerja Cemerlang iaitu Cik Nur Asyikin Tahar,
Kategori Pekerja Contoh, Muhammad Firdaus Dzi Murad dan
Kategori Pekerja Dedikasi iaitu Mohd Amirul Zahirudddin.
Turut bersama YB Ahmad Saidi (Pengerusi PASAK), YB Razman Zakaria (Mantan Pengerusi PASAK), YB Datuk Dr Wan Norashikin (Ahli Lembaga Pengarah PASAK), YB Khairul Shahril (Ahli Lembaga Pengarah PASAK) dan Tuan Haji Mohd Misbahul Munir Bin Masduki (Pengarah PASAK).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*