LAWATAN & KUNJUNGAN KE PROGRAM TVET OKU

IPOH- 22 MAC 2021, 3.30 PETANG
Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak ) pada hari ini telah membuat lawatan dan kunjungan kepada peserta-peserta Kursus Refleksologi di bawah Program TVET OKU. Program telah bertempat di IGB Training & Consultancy , Meru Ipoh.
Turut hadir Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK] ), Encik Mohd Anuar bin Salleh ( Pengarah TEKUN Negeri Perak ), Puan Fairus Binti Mohd Termizi ( Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita ), Puan Hajjah Suriyani binti Haji Sadri, (Pengerusi Persatuan Gabungan Pusat Latihan SLDN Negeri Perak, merangkap Pengurus Spa dan Kecantikan ).
Kursus refleksologi ini telah disertai seramai 12 orang peserta dan kebanyakan peserta dari latar belakang daerah Batang Padang, Hilir Perak, Manjung, Kinta, Larut Matang dan Selama.
Untuk makluman, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Perak Eclat TVET (PET) adalah sekretariat dan entiti pelaksana utama yang telah dilantik oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak bagi melaksanakan dasar pembangunan dan hala tuju berkaitan TVET di negeri Perak.
PASAK yang berperanan sebagai agensi milik penuh kerajaan Negeri Perak dan merupakan sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak amat mengambil maklum mengenai inisiatif pihak kerajaan Negeri Perak dalam menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat negeri Perak.
Diharapkan dengan kursus kemahiran umpama ini dapat memberikan skill baru untuk menceburi peluang-peluang pekerjaan yang lain selari dengan usaha PASAK untuk menjayakan matlamat dan hasrat kerajaan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*