LAWATAN KERJA KE INSTITUT DARUL RIDZUAN (IDR)

IPOH – 21 APRIL 2021

Lawatan Kerja ke Institut Darul Ridzuan (IDR) – wakil IDR diwakili oleh Dr Maisarah binti Ahmad bersama Tuan Haji Muaz dan pegawai atasan yang merupakan sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak yang berfungsi sebagai institusi pemikir, advokasi dan pemangkin dalam pembangunan sosio-ekonomi Negeri Perak. PASAK pula diwakili oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir Bin Masduki, Pengarah PASAK dan Encik Fikri Junit sebagai Pengurus Besar PASAK.

Pertemuan ini adalah membincangkan tentang isu dan cabaran serta hala tuju pembangunan sumber manusia negeri Perak dalam menjadikan negeri perak sebagai negeri yang memacu modal insan yang berkemahiran dan memenuhi permintaan industri semasa.

Diharapkan dengan hasil perbincangan dari lawatan kerja ini dapat memperkasakan lagi program-program yang akan memberi manfaat kepada masyarakat Negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*