Lawatan Jalinan Kerjasama Daripada ILP Ipoh

IPOH – 15 SEPTEMBER 2020, 10.30 PAGI

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menerima kunjungan mesra daripada Institut latihan Perindustrian Ipoh (ILP) yang diketuai oleh Encik Noor Amizan bersama delegasi bagi membincangkan kerjasama program kemahiran yang boleh dilaksanakan di Negeri Perak.Pembentangan ini menjurus kepada penerangan berkaitan Pensijilan Kemahiran melalui Penilaian Amali Penanda Aras Kompetensi Teknologi.

Selain itu, turut dibentangkan juga tentang kursus-kursus sedia ada dijalankan di ILP Ipoh. Pensijilan kemahiran melalui Penilaian Amali Penanda Aras Kompetensi Teknologi merupakan program yang mampu memberikan pengiktirafan kepada kemahiran peserta yang telah lama berada dalam industri, namun kemahiran mereka tidak diiktiraf.

Terdapat ramai tenaga terlatih diluar sana yang telah lama berkecimpung dalam industri dan mempunyai kemahiran lebih daripada tahap pendidikan mereka sebelum ini. Namun kemahiran mereka tidak diiktiraf kerana tidak menjalani program latihan rasmi daripada pusat latihan yang diiktiraf.

Menerusi progran pensijilan ini, dalam tempoh masa singkat sahaja peserta mampu mendapatkan pengiktirafan hanya menerusi ujian amali yang dijalankan. Semakin lama mereka di dalam industri, semakin banyak kemahiran dan pengalaman, maka lebih mudah dan cepat peserta dapat tamatkan pengajian dalam program jangka pendek ini.

Bukan itu sahaja, bidang-bidang dalam kursus lain yang berkaitan dengan National Occupational Skills Standard (NOSS) juga turut boleh dijalankan di bawah program ini bagi mengiktiraf kemahiran tenaga terlatih sedia ada.Adalah diharapkan hasil daripada perbincangan ini akan mewujudkan jalinan kerjasama strategik di antara PASAK dan Institut Latihan Perindustrian Ipoh (ILP) di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*