Lawatan dan perbincangan bersama pihak Kompas International College dan Shen Jai TVET College.

IPOH – 5 OGOS 2020, 3.00 PETANGKompas International College dan Shen Jai TVET College merupakan anak syarikat kepada Shen Jai Education Group dam bertempat di Ipoh Garden Square, Ipoh. Kompas International College merupakan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), manakala Shen Jai TVET College merupakan sebuah Instutusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).

Bukan itu sahaja, mereka juga bekerjasama dengan industri tempatan untuk sesi praktikal seperti bekerjasama secara berkumpulan dengan Firma Audit, Bengkel Pusat Pembaikan dengan Hewlett Packard & sebagainya. Mereka juga dalam proses mempersiapkan premis mereka untuk kursus baru seperti F&B: Pastry Lab, Pembuatan Coklat, Pembuatan Roti dan Kafe dan juga Senibina.

Perbincangan tadi membincangkan mengenai program kerjasama antara PASAK dan Shen Jai. Pihak Shen Jai berbesar hati menawarkan penggunaan fasiliti Shen Jai kepada PASAK untuk program-program PASAK akan datang. Pihak Shen Jai juga bersedia dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan PASAK untuk program-program Reskil & Upskill, Pemetaan Kerjaya, Jelajah Kerjaya & Pendidikan, dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*