KURSUS TOT SKUAD RELAWAN PASAK

IPOH – 3 Oktober 2020, 9.00 pagi
Kursus Training of Trainers (TOT) Skuad Relawan PASAK di adakan di Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA) Perak.
Kursus TOT Skuad Relawan PASAK ini bertujuan untuk meningkat kompetensi diri menjadi seorang jurulatih profesional, meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan organisasi dan memahami keperluan latihan melalui Analisa Keperluan Latihan (TNA)
Kursus kali ini bermula dengan slot khas bersama Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki yang merupakan Pengarah PASAK.
Slot ini membincangkan antara peranan-peranan PASAK dan juga unit unit yang ada dalam PASAK.
Peserta-peserta juga mempunyai sesi Q dan A bersama Pengarah PASAK.
Selepas itu, diteruskan pula dengan Sesi Pengenalan bersama penceramah/jurulatih, Encik Mohd Haris.
Setiap peserta telah diberikan kertas dan perlu mendengar arahan yang diberikan daripada penceramah
Setiap peserta melipat atau mengoyak kertas mengikut arahan dari penceramah. Namun hasil lipatan atau koyakan untuk setiap peserta adalah berbeza.
Sesi pengenalan ini adalah untuk menguji tahap pemerhatian peserta program samada mereka mendengar arahan yang diberi penceramah dengan betul dan tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*