KURSUS SKIM PERALIHAN TENAGAKERJA

17 OGOS 2020

Skim Peralihan Tenagakerja merupakan program di bawah Program Tranformasi Pekerjaan yang merupakan inisiatif di bawah kerajaan Negeri Perak. PASAK dan Perak Eclat TVET telah dilantik sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET yang akan melaksanakan program dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan akibat wabak Covid-19.

Skim Peralihan TenagaKerja ini merupakan program yang menyediakan kursus selama 4 minggu kepada peserta. Sekiranya peserta menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang kursus berjalan, peserta akan diserap sebagai pekerja tetap di syarikat-syarikat seperti yang dinyatakan.Pada hari ini, sebanyak enam kursus telah dijalani oleh peserta-peserta WRT iaitu Penyelenggaraan Automotif , Barbershop, Kursus Pramusaji, 3D Animation Using Blender, Multimedia & Digital Marketing dan Urutan Tradisional & Rawatan Selepas Bersalin.Taklimat kursus ini telah dijalankan di 4 lokasi yang berbeza iaitu Haaza Centre of Excellence, PIA College, Hawa Riadah SPA dan Kolej Teknikal Sri Ayu.

Berdasarkan pemantauan yang telah dibuat oleh wakil sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak, peserta peserta sudah mula belajar mengenai modul kursus masing-masing oleh tenaga pengajar yang telah dilantik.Kursus kemahiran yang dijalankan pada kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 110 orang peserta. Dengan adanya program seperti ini, harapan PASAK adalah untuk membantu pekerja-pekerja yang terkesan akibat wabak Covid-19 serta memberi peluang kepada pencari pekerja dalam meningkatkan kemahiran dan juga ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*