Kursus Skim Latihan Peningkatan Kemahiran

Pulau Pangkor – 12 Ogos 2020

Skim Latihan Peningkatan Kemahiran merupakan salah satu skim di bawah Program Transformasi Tenagakerja yang merupakan satu iniasiatif Kerajaan Negeri Perak. Program ini merupakan kaedah rangsangan dan peningkatan kemahiran kepada ahli-ahli Persatuan Rekreasi Pangkor bagi membantu mereka mempelbagaikan kemahiran sedia ada.

Skim ini telah dijalankan di Pangkor Palm Bay selama satu hari. Peserta telah menjalani kursus story telling dan Kursus Pengendalian Makanan Sejukbeku. Story telling telah disampaikan oleh Puan Normah yang merupakan tenaga pengajar sepanjang kursus berlangsung.

Bagi kursus Pengedalian Makanan Sejukbeku pulak di kendalikan oleh En Mohd Faez dari agensi yang dilantik oleh Kementerian kesihatan Malaysia. Permulaan kursus – kursus ini telah memberikan maklumat lengkap mengenai kursus yang dijalankan serta gambaran awal tentang modul yang telah dipilih oleh peserta.

Seramai 74 peserta menyertai story telling manakala 18 peserta menyertai Kursus Pengendalian makanan sejukbeku. Kedua -dua kursus ini juga diselitkan dengan modul bina insan dikendalikan oleh En Syazwan yang mewakili Unit Bina Insan daripada PASAK.

Diharapkan sepanjang kursus berjalan selama 2 bulan ini, peserta dapat memberi komitmen sepenuhnya dan dapat mempertingkatkan kemahiran yang diajar. Semoga kemahiran yang diajar ini dapat membantu mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*