Kursus Skim Latihan Peningkatan Kemahiran

MANJUNG – 15 Ogos 2020,9.00 Pagi

Skim Latihan Peningkatan Kemahiran merupakan salah satu skim di bawah Program Transformasi Tenagakerja yang merupakan satu iniasiatif Kerajaan Negeri Perak. Program ini merupakan kaedah rangsangan dan peningkatan kemahiran kepada ahli-ahli Persatuan Rekreasi Pangkor bagi membantu mereka mempelbagaikan kemahiran sedia ada.

Skim ini telah dijalankan di Niats Oil & Gas, Manjung selama satu hari. Peserta telah menjalani kursus story telling dan Kursus Asas Pengurusan Kewangan & E-Dagang. Story telling telah disampaikan oleh Puan Normah yang merupakan tenaga pengajar sepanjang kursus berlangsung.

Bagi Kursus asas Pengurusan Kewangan & E-Dagang pula dikendalikan oleh Puan Rafidah Mohamed Shapiai.Permulaan kursus – kursus ini telah memberikan maklumat lengkap mengenai kursus yang dijalankan serta gambaran awal tentang modul yang telah dipilih oleh peserta. Seramai 31 peserta telah menyertai story telling dan kursus asas pengurusan kewangan dan e-dagang ini.

Diharapkan sepanjang kursus berjalan selama 2 bulan ini, peserta dapat memberi komitmen sepenuhnya dan dapat mempertingkatkan kemahiran yang diajar. Semoga kemahiran yang diajar ini dapat membantu mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*