Kursus Pemantapan Insaniah : Motivasi Rezeki

IPOH – 27 Ogos 2020

Kursus pemantapan insaniah telah berjaya diadakan di Bilik Seminar Millenia Aqua Services Sdn. Bhd. Kursus ini telah disampaikan oleh disampaikan oleh En Ahmad Afifi, Pegawai Perhubungan Korporat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Tajuk yang disampaikan adalah Motivasi Rezeki. Fokus perkongsian dan ceramah motivasi ini adalah memberikan kesedaran kepada para pelatih kursus latihan di Millenia Aqua Services Sdn Bhd ini untuk mensyukuri segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada hambaNya walaupon diuji dengan pelbagai cabaran seperti wabak Covid-19 ini yang mungkin menjejaskan pendapatan dan pekerjaan para pelatih.

Diharapkan kepada para pelatih terus bersemangat dalam menghabiskan kursus latihan yang diadakan selama 1 bulan ini dan terus cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan di luar sana. Terima kasih diucapkan kepada pegawai di Millinea Aqua Services Sdn. Bhd , Puan Haznida diatas memberi ruang dan peluang kepada kami di pihak PASAK untuk memberikan pengisian berkait dengan modal insan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*