Kursus Pemantapan Insaniah di Restoran Terapung Anak Perak

IPOH – 9 SEPTEMBER 2020, 4.00 petang

Telah berlangsungnya Kursus Pemantapan Insaniah yang disampaikan oleh Tn Syed Syazwan, Eksekutif Bina Insan PASAK. Kursus ini diadakan di Restoran Terapung Anak Perak yang terletak di Ipoh, Perak.

Kursus ini merupakan antara program yang diadakan secara ‘slot in’ di antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Perak Eclat TVET bagi memastikan setiap kursus kemahiran yang dijalankan oleh penyedia-penyedia latihan turut disertakan bersama ceramah motivasi dan pemantapan insaniah kepada para peserta.

Bukan itu sahaja, kursus ini memberi fokus kepada memberi kesedaran dalam membina potensi dan bakat yang ada untuk memastikan peserta sentiasa disuntikkan semangat dan motivasi untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Kursus pemantapan insaniah ini telahpun diadakan di pelbagai pusat latihan dan akan diteruskan kepada semua kursus latihan yang akan dijalankan oleh PASAK dan Perak Eclat TVET bagi memastikan para peserta mendapatkan pengisian yang berbentuk kerohanian dan motivasi diri dengan sebaiknya. Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*