Kursus Pemantapan Insaniah Di Hawa Riadah Spa

IPOH – 14 SEPTEMBER 2020 ,11.00 Pagi

Kursus pemantapan insaniah melibatkan seramai 29 peserta yang sedang mengikuti Kursus Latihan Urutan Tradisional dan Penjagaan ibu mengandung telah berjaya diadakan di Hawa Riadah SPA, Ipoh Perak.Kursus ini telah disampaikan oleh Ustazah Hasna’ binti Ab Samad yang merupakan seorang penceramah motivasi dari Kamunting.

Dalam ceramah motivasi beliau menekankan wanita bukan hanya berperanan dalam rumahtangga, bahkan wanita juga memainkan peranan yang besar dalam memartabatkan bangsa. Justeru, perkongsian selama dua (2) jam yang disampaikan adalah berfokus kepada tip kejayaan wanita dan peranan wanita dalam menghadapi cabaran masa kini.

Selain itu, motivasi diberikan untuk peserta membuka minda bagi memajukan diri dalam setiap bidang yang diceburi dan persediaan wanita pada masa hadapan sebagai seorang isteri, ibu dan anak.Diharapkan kepada para pelatih terus bersemangat dan terus cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan di luar sana dan mengunakan kemahiran yang diperolehi dengan sebaiknya.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Hawa Riadah SPA diatas memberi kerjasama dalam menyediakan ruang dan peluang kepada kami di pihak PASAK untuk memberikan pengisian berkait dengan pembangunan modal insan.Terima kasih juga kepada para peserta yang terlibatsama. Anda memang hebat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*