Kursus Pemantapan Insaniah di Haaza Centre of Excellence

Kursus pemantapan insaniah telah berjaya diadakan di Bilik Kuliah Haaza Centre of Excellence.Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Afifi, Pegawai Perhubungan Korporat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Peserta terdiri daripada 20 golongan belia yang sedang mengikut kursus latihan ‘Barbershop’ bersama penyedia latihan Haaza Centre of Excellence.

Perkongsian yang disampaikan adalah berfokus kepada membangunkan diri dan memantapkan sahsiah.Selain itu, ceramah motivasi ini adalah juga memberikan jentikan kesedaran kepada para pelatih kursus latihan di Haaza Centre of Excellence ini untuk sentiasa melaksanakan sebarang tugasan dalam kerjaya sebagai seorang ‘barber’ dengan penuh ihsan dan konsisten.Diharapkan kepada para pelatih terus bersemangat dalam menghabiskan kursus latihan yang diadakan ini dan terus cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan di luar sana.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Haaza Centre of Excellence diatas memberi kerjasama dalam menyediakan ruang dan peluang kepada kami di pihak PASAK untuk memberikan pengisian berkait dengan modal insan.Terima kasih juga kepada para peserta yang terlibat dalam kursus ini. Anda memang hebat !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*