Kursus Pegawai Penilai Luaran (PPL) di bawah Skim Pengekalan Tenagakerja ( WRS)

IPOH – 17 OGOS 2020, 9.00 PAGI

Konsep WRS adalah bertujuan bagi mengekalkan pekerja serta membantu pihak majikan untuk terus mengekalkan pekerja dalam tempoh 3 bulan. Kaedah latihan sambil bekerja akan diperkenalkan kepada pekerja yang bakal terjejas atau mempunyai risiko diberhentikan di dalam industri terkesan. Di samping itu, latihan yang dijalankan dalam tempoh masa 3 bulan ini akan melatih pekerja di dalam sektor yang terkesan kepada kemahiran lain (Add-On Skills) yang akan dilatih di dalam industri berkenaan.

Latihan yang akan diberikan adalah bertujuan untuk membantu pekerja yang terjejas atau berisiko kehilangan pekerjaan di samping membantu majikan mengurangkan kos bayaran gaji pekerja dalam pusingan operasi perniagaan. Latihan juga akan mengikut modul yang telah ditetapkan dan pada masa yang sama pekerja masih kekal dengan pekerjaan mereka .Program kali ini bertempat di IGB Training And Consultancy, Meru Raya. Program yang dijalankan pada kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 20 orang peserta.

Terima kasih kepada semua pekerja dan juga pelatih yang hadir untuk program kali ini. Kami di PASAK berharap para pekerja juga dapat mengenalpasti minat & kecenderungan mereka terhadap kemahiran yang ingin dibangunkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*