KURSUS BINA POTENSI PEMIMPIN BELIA NEGERI PERAK (PEMBELAJARAN ATAS TALIAN)

Platform Zoom Meeting – 7 dan 8 November 2020
Slot pemantapan kemahiran insaniah melalui Kursus Bina Potensi Pemimpin Belia Negeri Perak (PBNP) buat julung kalinya telah berjaya diadakan secara atas talian melalui platform Zoom.
Slot ini telah disampaikan oleh Coach Firdaus Arshad, Jurulatih Bertauliah & Mentor NS NLP daripada InSaff Training Management & Consultancy.
Peserta terdiri daripada wakil pimpinan belia negeri Perak & ahli Skuad Relawan PASAK dipelbagai peringkat seramai 80 orang.
Pembelajaran dan perkongsian yang disampaikan adalah berfokus kepada membangunkan potensi diri melalui pemantapan kemahiran insaniah sahsiah untuk diaplikasikan didalam NGO dan organisasi masing- masing selain menyiapkan para belia ini untuk menjadi bakal pemimpin di masa hadapan, itu juga menjadi intipati ucapan perasmian penutup oleh Pengarah PASAK, Tuan Hj Mohd Misbahul Munir Bin Haji Masduki.
Diharapkan kepada para peserta untuk terus belajar dan mengimplimentasikan segala perkara yang dipelajari daripada kursus ini dalam kehidupan.
Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Coach Firdaus Arshad dan semua wakil pimpinan NGO & Persatuan belia di negeri Perak atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
Justeru,nantikan program pembangunan kerohanian dan pemantapan kemahiran insaniah seterusnya oleh pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*