Kursus Bina Potensi Anak Muda & Pelancaran Akademi Bina Insan PASAK

SLIM RIVER – 23 OGOS 2020, 9.00 PAGI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi diatas keizinan-Nya bertempat di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi Slim River telah berlangsungnya Kursus Bina Potensi Anak Muda yang diadakan pada sebelah pagi hingga petang yang dikelolakan sepenuhnya oleh Cgu Jinggo Training & Consultancy.

Program ini merupakan sebuah program perantis kepada Akademi Bina Insan dalam berperanan menjadi peneraju modal insan di Negeri Perak. Kursus Bina Potensi Anak Muda ini merupakan kursus yang memberikan kesedaran dan pendedahan kepada peserta yang menyertai untuk mencungkil bakat dan potensi yang ada untuk menjadi insan yang bermanfaat untuk masyarakat.

Kursus ini telah dihadiri oleh pelajar – pelajar IPT daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah(PSAS) dan belia- belia setempat di daerah Muallim.Seterusnya, pada sebelah petang pula telah diadakan perasmian penutup & pelancaran Akademi Bina Insan PASAK. Ucapan alu – aluan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Misbahul Munir Bin Haji Masduki ( Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak).

Perasmian dan pelancaran Akademi Bina Insan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Razman Bin Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO & Masyarakat Sivil Negeri Perak dan sebagai merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Antara intipati dalam ucapan beliau, YB Tuan Haji Razman Bin Haji Zakaria memberikan penekanan dan fokus bagi memastikan peranan anak muda ini digilap potensi dan bakatnya agar dalam menjadi pewaris kepimpinan serta dapat membantu memberi sumbangan kepada komuniti setempat.

Oleh itu, dengan pelancaran Akademi Bina Insan ini diharapkan agar akademi ini mampu menyediakan program yang berbentuk latihan, kursus serta program – program yang diseimbangkan daripada sudut kerohanian dan kemahiran insaniah bagi membina jati diri dan modal insan yang berkompetensi tinggi. Selari dengan nilai – nilai penting yang dimasukkan didalam program ini iaitu Kerohanian, Keillmuan, Kemahiran Insaniah, Kerjasama & TeknoInsan melalui akronimnya iaitu RIDO ( Rohani , Inteklektual & Emosi ).

Semoga Kursus Bina Potensi Anak Muda akan menjadi salah satu pemangkin kepada era kebangkitan dan kemajuan anak muda di negeri Perak dan diterajui oleh Pusat Aspirasi Anak Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*