KUNJUNGAN SIGNIFICANT TECHNOLOGY SDN BHD KE PASAK (Fiber Optic)

IPOH -1 Oktober 2020, 11.00 pagi
Kunjungan kali ini ke Pejabat PASAK melibatkan Significant Technologies Sdn Bhd atau Sigtech dan wakil PASAK.
Sigtech merupakan sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada teknologi fiber optik, teknologi tanpa wayar dan elektronik.
Mereka merupakan syarikat bumiputera yang menawarkan khidmat kejuruteraan untuk kalibrasi dan pengujian, serta terlibat membangunkan produk serta aplikasi berkaitan teknologi IoT , smart home dan Artificial Intelligent (AI).
Pihak Sigtech telah membuat pembentangan berkaitan program work-pro di bawah skim WRT & WRS.
Di bawah skim WRT,program yang dicadangkan adalah Pemasangan dan Pengujian Kabel Fiber Optik.
Manakala di bawah skim WRS pula, program Teknologi IoT (Internet of Things) dan Elektrik Voltage Rendah (ELV) dan Tourism and Hospitality Management.
Kertas cadangan ini memberi fokus kepada program-program latihan kemahiran teknikal diperingkat asas dan lanjutan.
Selain itu , terdapat perancangan rangkaian jalinan kerjasama untuk program berkaitan di antara pasak-pesdc-sigtech.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*