IPOH – 4 NOVEMBER 2020
Pertemuan ramah mesra ini merupakan rutin mingguan antara wakil Pejabat Exco dengan pihak PASAK yang berperanan sebagai agensi yang bernaung di bawah portfolio Exco Kerajaan Negeri.
Dari pejabat Exco, Encik Ahmad Faisal bin Mod Puait dan Encik Mohamad Syahril Bin Md Suki bersama Pengarah PASAK Tuan Hj Misbahul Munir bin Masduki dan Pengurus Besar PASAK Encik Mohamad Fikri bin Junit.
Perkara berkaitan dengan perkembangan aktiviti, pencapaian PASAK, program akan datang serta beberapa perancangan inisiatif kerajaan negeri sering dibincang bersama untuk memberikan manfaat kepada rakyat.
Terdapat beberapa program berimpak tinggi akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membantu rakyat negeri Perak khususnya mereka yang terjejas akibat COVID-19.