Kunjungan Mesra YB EXCO Merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) Ke Pejabat

IPOH – 18 SEPTEMBER 2020, 10.30 PAGI
Pihak PASAK telah menerima kunjungan daripada YB Haji Razman bin Zakaria yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Dengan kunjungan YB Haji Razman yang mesra dengan panggilan Pak Teh, dapat merapatkan lagi ukhuwah antara YB Haji Razman dan kakitangan PASAK. Kunjungan ini juga memberikan peluang kepada semua kakitangan untuk mengemaskini program-program yang sedang dan akan dijalankan oleh pihak PASAK.YB Haji Razman juga bertanyakan dengan masalah-masalah serta penambahbaikan yang boleh dijalankan di PASAK.

Diharapkan dengan adanya kunjungan mesra ini dapat meningkat semangat dalam kalangan kakitangan untuk terus bekerja keras demi kelangsungan dan kecemerlangan PASAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*