KUNJUNGAN MESRA INSTITUT PENGAJIAN AL-QURAN (IPaQ)

Ipoh, Bangunan Perak Darul Ridzuan
Kunjungan ini telah membincangkan mengenai kesepakatan dalam melaksanakan agenda pendidikan TVET Quran di negeri Perak.
IPaQ adalah sebuah Yayasan yang diperbadankan dibawah Akta Jabatan Perdana Menteri, memfokuskan bidang Pembasmian buta huruf al-Quran yang kejayaannya telah diiktiraf oleh pelbagai institusi dan agensi di Malaysia.
Kesinambungan daripada pertemuan pihak IPaQ bersama kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, PASAK sebagai agensi kerajaan negeri di bawah portfolio Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, YB Tuan Hj Razman bin Zakaria menyambut baik usaha yang dibawa oleh pihak IPaQ.
Intipati perbincangan ini lebih kepada strategi kebolehlaksanaan program pendidikan Al Quran ini agar dapat dijalankan secara menyeluruh di negeri Perak.
Kaedah ABAHATA telah diperkenalkan oleh IPaQ dan telah digunapakai oleh ratusan guru dan ribuan pelajar yang telah berjaya mengusai pembacaan dan penulisan Al Quran dengan cepat dalam tempoh masa yang sangat singkat antara 20 hingga 30 jam pembelajaran sahaja.
Kaedah ABAHATA ini telah dipersembahkan dihadapan kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Baginda Sultan telah memberi perkenan untuk memperluas dan memperkembangkan kaedah ini di seluruh Negeri Perak.
Sasaran penglibatan program pengajian Al Quran ini akan memfokus kepada tenaga pengajar yakni guru-guru pengajian Islam dan Al Quran di negeri Perak.
Mereka akan diberi pendedahan tentang kaedah pengajaran, pembacaan dan penulisan Al Quran dengan cepat dan berkesan.
Dengan harapan, kemahiran pengajaran dan pembelajaran Al Quran ini dapat diadaptasi dalam kaedah pengajaran sedia ada bagi membantu para pelajar lebih cepat mengusai pembacaan dan penulisan Al Quran. Hasratnya untuk melahirkan lebih ramai lagi generasi yang celik dan cintakan Al Quran.
Usaha ini adalah sejajar dengan idea YB Ustaz Mohd Akmal bin Kamaruddin, Exco Agama Islam dan Penerangan untuk menganjurkan program TVET Quran.
Maka sinergi kolaborasi ini sememangnya sealiran dan wajar dijalankan secepat mungkin agar manfaatnya dapat dinikmati oleh semua masyarakat Muslim di negeri Perak khasnya.
PASAK mengambil langkah proaktif bagi membincangkan dengan lebih mendalam mengenai perkara ini dan bersedia menjadi sekreatariat perlaksana bagi menjalankan program ini dalam tempoh masa terdekat yang bersesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*