KUNJUNGAN MESRA EXCO, YB DATO’ SHAHRUL ZAMAN BIN DATUK YAHYA KE PEJABAT PASAK

IPOH – 18 OKTOBER 2020, 2.00 PAGI
Kunjungan hormat turut dihadiri oleh Pengarah MIDA Perak, Pengarah MITI Perak, Wakil NCIA dan pegawai khas EXCO.
Pertemuan ini telah membuka perbincangan dalam pemerkasaan program-program PASAK agar menepati permasalahan masyarakat bagi penyelesaian yang berimpak tinggi dan kerjasama rentas jabatan dan agensi yang hadir.
Pelbagai langkah dan perancangan pembangunan industri di negeri Perak samaada inisiatif baru dan sedia ada telah dirangka secara komprehensif dan bersepadu yang memfokuskan infrastruktur serta bakat di negeri Perak.
Beberapa sektor-sektor akan diberikan perhatian antaranya adalah MedTech & Pharmaceuticals, Electrical & Electronics, Smart Agriculture Technologies, Unmanned Aerial Systems serta sektor sokongan Digital Economy.
Pihak PASAK juga dijemput untuk terlibat sama dalam agenda pembangunan jangka pendek dan panjang serta modal insan dan bersedia memberikan komitmen sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*