KUNJUNGAN HORMAT PASAK KE YAYASAN PERAK

Pertemuan ini lebih kepada membincangkan tentang kolaborasi antara dua agensi bagi memberi manfaat kepada rakyat negeri Perak dalam aspek kebajikan dan pembangunan khususnya belia.

Tuan Hj Misbahul Munir bin Masduki, Pengarah PASAK menyatakan tentang kepentingan kerjasama dalam aspek gerak kerja supaya penyelarasan agenda dapat dibuat bagi memastikan penerima manfaat secara bersasar lebih efektif dan efisyen. Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak turut menjelaskan tentang faedah dan insentif yang boleh disalurkan kepada rakyat dengan lebih efektif sekiranya wujud keseragaman dalam aspek perlaksanaan.

Misalannya dalam aspek pembangunan usahawan, di bawah kerajaan negeri Perak terdapat beberapa agensi yang berperanan untuk membangunkan usahawan. Antaranya Pinjaman Tabung Usahawan daripada Yayasan Perak sendiri, inisiatif daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), TEKUN, MARA dan daripada Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Haji Saarani Mohamad.

Semua inisiatif ini adalah sangat baik dan penting bagi membangunkan usahawan di negeri Perak. Semua pihak memainkan peranan penting dalam menjalankan agenda yang sama. Justeru, kolaborasi menjadi jaringan penting untuk memastikan manfaat ini dapat dinikmati oleh ramai pihak dengan lebih menyeluruh.

Pengurus Besar Yayasan Perak juga memaklumkan berkaitan penawaran Bantuan Saradiri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak, Dermasiswa iaitu bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.

Yayasan Perak juga telah menggerakkan Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional bagi mmberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan untuk kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.

Maka, kunjungan ini sememangnya menjadi titik permulaan agar kerjasama ini terus berkekalan dan segar bagi perlaksanaan agenda pembangunan pada masa akan datang khususnya dalam memberi manfaat kepada mahasiswa, belia dan usahawan di negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*