KUNJUNGAN HORMAT PASAK KE PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

IPOH – 4 NOVEMBER 2020

Pertanian adalah salah satu sektor industri yang sangat penting di negeri Perak. Pertanian juga menjadi katalis utama dalam membangunkan sosioekonomi rakyat menerusi perladangan, kebun kecil, nurseri, tanaman kontan, akuakultur mahu pun tanaman fertigasi sama ada di kawasan bandar dan luar bandar.
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau dikenali sebagai SADC merupakan agensi kerajaan negeri yang berperanan melahirkan perusahaan dan pembangunan pertanian dengan cara membuka ladang secara besar-besaran.
Selain bergerak sebagai badan perniagaan, perusahaan dan pembangunan pertanian yang dijalankan bagi menjamin negeri dapat bekalan bahan-bahan makanan yang mencukupi.
Kunjungan PASAK ke SADC kali ini lebih kepada membina jalinan hubungan dan membawa hasrat PASAK untuk melaksanakan program latihan kemahiran atau dikenali sebagai TVET Pertanian.
Kemahiran insaniah menjadi aset yang sangat penting bagi membantu survival kehidupan yang semakin mencabar. Terutamanya golongan belia yang mendapat pencapaian pendidikan yang sederhana dan rendah, menyebabkan kesukaran mendapatkan pekerjaan. Kesannya adalah pengangguran dan masalah sosial yang lain.
Maka, dengan adanya kemahiran insaniah akan membantu mereka yang terjejas dan berminat dengan bidang pertanian dapat menceburkan diri dalam program latihan yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil pertanian daripada pekerjaan dan perniagaan sendiri.
Pelbagai lagi inisiatif daripada pihak kerajaan negeri bagi merancakkan lagi agenda pembangundan sektor perindustrian dalam negeri. Banyak insentif yang boleh dinikmati oleh rakyat pada masa akan datang khususnya belia menerusi penglibatakan dalam program latihan pertanian yang akan dijalankan.
Mereka yang terpilih akan menjalani latihan berkaitan pertanian dan diberikan tanah untuk dimanfaatkan sekiranya berkelayakan. Di negeri Perak saja masih banyak tanah yang sesuai untuk diteroka dan dimanfaatkan dengan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian.
Semoga dengan pertemuan ini, dapat membantu pihak PASAK mengorak langkah lebih jauh bagi membantu memberi khidmat dan manfaat kepada rakyat di negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*