Kunjungan Hormat Pasak Ke Pejabat Exco YB Dato’ Hj Mohd Zolkafly Harun

Kunjungan ini diketuai Pengarah PASAK, Tuan Hj Misbahul Munir Masduki bersama delegasi bagi mengeratkan hubungan dengan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam.

YB Dato’ Hj Mohd Zolkafly Harun.YB Dato’ juga merupakan ADUN Lintang dan sangat dikenali dengan sifat ramah mesranya dengan rakyat.

Pertemuan ini juga membincangkan program-program kerjasama yang boleh dijalankan antara agensi rentas portfolio selepas ini.

Kebanyakan program yang dibincangkan lebih kepada berbentuk kebajikan, latihan kemahiran dan peluang kerjaya. Pelbagai manfaat bakal diperoleh oleh rakyat menerusi jaringan kerjasama dan program yang bakal dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*