KUNJUNGAN DAN LAWATAN KE SEKOLAH SEMANGAT MAJU IPOH

IPOH – 23 FEBRUARI 2021, 3.00 PETANG

Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah membuat kunjungan dan lawatan ke Sekolah Semangat Maju Ipoh yang juga merupakan HQ bagi Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek/ Perak Association For Intellectually Disabled (PAFID) .

PASAK yang diwakili Pengarah PASAK, Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki diiringi bersama Unit TVET PASAK iaitu Cik Asyikin dan Cik Jannah. PAFID pula diwakili oleh Presiden PAFID Perak iaitu, Encik Alex Loh Peng, Naib Presiden iaitu, Encik Su Eng Hock, Encik Ooi Kah Biew selaku Pengerusi Sekolah Semangat Maju Batu Gajah, Cik Annie Magaret a/p Lourusamy iaitu Pengetua Sekolah Semangat Maju Ipoh, Miss Lai dan Puan Ahisiah sebagai tenaga pengajar di PAFID Ipoh.

Pengarah PASAK juga sempat menyantuni pelajar-pelajar OKU yang sedang giat melakukan aktiviti mereka di bengkel-bengkel yang terdapat di Sekolah Semangat Maju Ipoh. Pihak PAFID telah mengiringi PASAK membuat lawatan di sekitar kawasan serta memberi penerangan mengenai kemudahan sedia ada yang terdapat di sekolah tersebut.

PASAK yang berperanan sebagai agensi milik penuh kerajaan Negeri Perak dan merupakan sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak amat mengambil maklum mengenai inisiatif pihak kerajaan Negeri Perak dalam menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. Antaranya adalah dengan melaksanakan Program Technical And Vocational Education And Training (TVET) kepada golongan kelainan upaya (OKU) yang terletak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Fasa 5.

Inisiatif ini juga adalah bagi kesaksamaan hak dan peluang kepada golongan OKU yang meliputi penyertaan penuh dalam masyarakat bagi membolehkan mereka hidup berdikari pada masa hadapan kelak.Diharapkan dengan maklumat atau informasi, misalnya daripada aspek keperluan tenaga pengajar OKU, kemahiran yang diperlukan oleh golongan OKU serta pelbagai lain perkara di mana maklumat yang dikumpulkan daripada pakar-pakar atau mereka yang terlibat secara langsung dengan golongan kelainan upaya (OKU) ini dapat memberikan maklum balas yang positif selari dengan usaha PASAK untuk menjayakan matlamat dan hasrat kerajaan Negeri bagi menjamin kesejahteraan golongan OKU di Negeri Perak khususnya.

Comments (2)

  • Reply Liew Chong Miau - 02/04/2021

    I would like to enquire whether this school offer vocational teaching like IT, baking or culinary for mild autism child age 20. Your response is much appreciated, Thank you Madam Liew

  • Reply Su - 06/06/2021

    Thank you for the inquiry. This school provide vocational training like wood work, gardening and sewing. However, the school does not provide baking training class. Thank you and stay safe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*