Kunjung Hormat Daripada Majlis Belia Daerah Ipoh

IPOH – 11 SEPTEMBER 2020, 11.00 PAGI

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia Daerah Ipoh yang diketuai oleh Saudara Ikhwan selaku Pengerusi bersama Delegasi Kehormat dalam membincangkan prospek program yang melibatkan belia di Negeri Perak.

Perbincangan ini menjurus kepada penerangan berkaitan fungsi utama PASAK dalam membantu khususnya golongan belia bagi mendapatkan peluang-peluang samaada berkaitan pekerjaan, latihan kemahiran mahupun program jati diri.

Adalah diharapkan hasil daripada perbincangan ini akan mewujudkan jalinan kerjasama strategik di antara PASAK Dan Majlis Belia Daerah Ipoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*