Konvensyen #PerakYouthPower @IPOH

IPOH, 24 Februari 2020 – Selepas program Jelajah Perak Youth Power ini dijalankan di 3 daerah yang berbeza iaitu daerah Larut, Matang, Selama dan daerah Muallim serta Perak Tengah, seterusnya Jelajah #PerakYouthPower disusuli pula dengan Konvensyen #PerakYouthPower di Daerah Kinta bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan SUK Negeri Perak, Ipoh. 

Belia daripada beberapa Institut Pengajian Tinggi semasa proses pendaftaran kehadiran

Ipoh telah menjadi destinasi utama bagi Konvensyen Perak Youth Power yang menampilkan 5 topik penting iaitu Politik & Kepimpinan, Perniagaan & Korporat, Kesukarelawanan & Aktivisme, Pendidikan & Karier, dan Kualiti Kehidupan yang dikupas oleh para panel serta belia yang menginginkan pendapat mereka didengari.

YB Howard Lee selaku Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Belia dan Sukan
Negeri Perak dalam menyampaikan ucapan pembukaan Konvensyen Perak Youth Power

Konvensyen yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Belia & Sukan dan Pusat Aspirasi Anak Perak ( PASAK ) bersama Solidaritas telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Seramai 10 orang panelis telah hadir dalam program ini untuk berkongsi idea serta memberi pandangan dan kritikan bagi membantu kerajaan negeri Perak untuk merangka strategi pembangunan belia.

Dialog 1 iaitu Perniagaan dan Korporat yang menampilkan saudara Ammar Roslizar dan saudara Zakwan Sharif bersama dengan Moderator slot iaitu Aloy Paradoks
Dialog 2 : Politik dan Kepimpinan yang disampaikan oleh YB Howard Lee
dan YB Yusmadi Yusoff bersama dengan Moderator slot iaitu Shafizan Johari
Dialog 3 berkenaan dengan Pendidikan dan Karier oleh panelis ZF Zamir dan Arenia Carmin dan Moderator slot iaitu Aloy Paradoks
Dialog 4 yang menampilkan topik Kualiti Kehidupan oleh Low Ngai Yuen dan Aysha Ridzuan bersama Moderator Shafizan Johari
Dialog 5 iaitu Kesukarelawanan dan Aktivisme oleh Musa Nuwayri
dan Altimet.
Moderator: Aloy Paradoks

Anggaran peserta yang hadir adalah seramai 500 orang yang terdiri daripada belia Institut Pengajian Tinggi, Belia Bersekolah, Belia daripada Agensi dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, serta Persatuan-Persatuan Belia di Perak.

Peserta program dalam sesi soal jawab
Sebahagian belia daripada Pusat Pembangunan Usahawan dan Kemahiran Perak (PESDC)
Sebahagian belia yang hadir dalam mewakili Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Antara Panelis yang menyampaikan dialog iaitu Arenia Carmin, Low Ngai Yuen dan Aysha Ridzuan.
Peserta program yang memenangi cabutan bertuah Play Station 4 dan disampaikan oleh Altimet
Antara peserta program yang memenangi cabutan bertuah dan berjaya mendapat Play Station 4 dan disampaikan oleh YB Howard Lee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*