KOLABORASI STRATEGIK ANTARA PASAK DAN PERKESO

IPOH – 23 DISEMBER 2020, 9.00 Pagi.

Satu pertemuan bagi membincangkan kolaborasi strategik antara PASAK dan pihak PERKESO telah dijalankan. Perbincangan ini disertai oleh tujuh orang wakil. PASAK diketuai oleh En Fikri sebagai Pengurus Besar dan disertai oleh tiga wakil PASAK iaitu En Zul Iskandar, En Afnan dan Cik Kazashahirah.

Pihak PERKESO pula diwakili oleh En Syamil, Cik Priya dan Puan Sharifah. Sesi perbincangan dimulakan dengan pengenalan PASAK dan PERKESO. Perbincangan ini telah menemukan titik persamaan antara agensi kerajaan dan badan berkanun ini. Justeru, keadaan ini membawa kepada perbincangan lanjut berkenaan program-program yang boleh dijalankan secara kolaborasi antara kedua-dua pihak. Dengan adanya perbincangan dan kerjasama erat antara PASAK dan PERKESO, diharapkan agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh masyarakat dalam mendepani situasi pasca COVID-19.

Kazashahirah

Pelajar Industri PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*