KOLABORASI PASAK BERSAMA PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PERAK (ICU) MEMACU KEMAJUAN SOSIOEKONOMI NEGERI

ICU merupakan entiti yang bertanggungjawab melaksana perkhidmatan teras (core business) ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu pemantauan dan penyelarasan projek atau program pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Perak.

Perbincangan ini memfokuskan kepada idea dan langkah konstruktif untuk membantu meningkatkan sosioekonomi dan pembangunan modal insan di negeri Perak.

Untuk mendokong aspirasi ini, perlunya gerakan strategik untuk mengenalpasti golongan bersasar dalam kalangan masyarakat bagi memastikan bantuan, inisiatif dan insentif daripada pihak kerajaan negeri dapat disampaikan dengan lebih efektif dan efisyen.

Maka perlunya kolaborasi antara agensi agar program yang dirancang dapat mencapai objektif yang diinginkan.

Misalannya, membantu membasmi kemiskinan tegar di negeri Perak, mengatasi masalah pengangguran, masalah sosial seperti gelandangan, penagihan dadah dan seumpamanya yang memerlukan pemerhatian serius daripada pelbagai pihak.

ICU juga sangat terbuka dengan tawaran kolaborasi dari agensi kerajaan bagi memastikan wawasan pembangunan negeri Perak dapat di capai.

Justeru, sebagai tindakan susulan PASAK akan merancang gerak kerja dan operasi strategik bersama dengan ICU pada masa akan datang bagi membantu meningkatkan daya capaian kepada rakyat yang disasarkan.

Ahmad Afifi bin Mohammad Lotfi
Perhubungan Korporat
Pusat Aspirasi Anak Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*