KLINIK KERJAYA : KURSUS PENYELENGGARAAN KERETA

30 Mac 2021 (Selasa) | 8.00 pagi – 5.00 petang

Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan di Kolej Komuniti Pasir Salak yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kenderaan dan komponen kenderaan kepada para peserta. Selain itu, peserta juga diajar servis asas kenderaan, aksesori kenderaan serta pengenalan aircond kenderaan.

Bukan itu sahaja, latihan amali juga diberikan peserta yang melibatkan menukar minyak pelinciran dan juga memasukkan gas aircond kenderaan.

Terima kasih Kolej Komuniti Pasir Salak atas kerjasama dalam menganjurkan program ini. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*