KLINIK KERJAYA: KURSUS PEMASARAN DIGITAL SIRI 3

10 & 11 OGOS 2021, 9.00 Pagi – 4.30 Petang


Program ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Kursus Pemasaran Digital Siri 3 ini dijalankan selama 2 hari oleh Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan, pensyarah dari UPSI. Kursus ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada graduan, pencari kerja dan usahawan dari seluruh negeri Perak.
Pada hari pertama, peserta didedahkan dengan konsep Business Model Canva. BMC adalah memahami model perniagaan dan cara merangka serta mengubah model perniagaan sendiri. Peserta juga dapat mengetahui teknik copywriting yang berkesan boleh memasarkan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. Untuk hari kedua, peserta didedahkan cara membina website seperti professional tanpa sebarang kos serta menyenaraikan perniagaan di dalam carian Google yang boleh meningkatkan visibility perniagaan di Google.
Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Dalam ucapan beliau, beliau menekankan tentang kelebihan menjalankan perniagaan secara atas talian, serta menyeru para peserta untuk sentiasa menambahkan ilmu dalam bidang keusahawanan, dan juga dalam pelbagai bidang, melalui kursus-kursus yang ditawarkan oleh PASAK.
Terima kasih diucapkan kepada Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*