KLINIK KERJAYA : KURSUS PEMASARAN DIGITAL HARI PERTAMA

24 Mac 2021 (Rabu) | 10.00 pagi – 5.00 petang
Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang bagaimana mahu mengenal pasti produk dan menarik pelanggan kepada produk anda di internet, membina tapak perniagaan yang menarik di Facebook, mengendalikan page serta bagaimana untuk post, schedule, share dan update page.
Hal ini penting supaya peserta dapat memahami pemasaran secara digital dengan lebih mendalam dan berkualiti. Kursus Pemasaran Digital ini disampaikan oleh Encik Mohd Farhan bin Zafri dari WMF Solutions.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*