KLINIK KERJAYA : KURSUS PEMASARAN DIGITAL HARI KEDUA

25 Mac 2021 (Khamis) | 9.30 pagi – 1.00 petang
Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara teknikal asas shopee, cara memasukkan produk di shopee, cara boostkan post, cara menggunakan voucher Shopee dan cara mengendalikan tempahan. Program ini dihadiri seramai 20 peserta.
Kursus Pemasaran Digital ini disampaikan oleh Mikeylis yang disediakan oleh WMF solution.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*