KLINIK KERJAYA: KURSUS MICROSOFT EXCEL ADVANCE SIRI 2

16 & 17 OGOS 2021, 9.00 Pagi – 1.00 Petang
Program Klinik Kerjaya yang telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara menggunakan Microsoft secara efektif bagi sebarang urusan pembelajaran mahupun pekerjaan.
Kursus Microsoft Excel Advance Siri 2 ini dijalankan selama 2 hari oleh Miss Karen Cheah. Microsoft Excel dapat digunakan untuk berbagai macam pekerjaan seperti menyusun data, mengira data, menyediakan data serta dapat menganalisa data.
Kursus ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan pencari kerja dari seluruh negeri Perak. Kursus Microsoft Excel ini juga mendedahkan peserta tentang cara memasukkan data dari pelbagai sumber seperti pangkalan data, website, boring mudah dan boring dinamik. Selain itu, peserta didedahkan juga tentang pembersihan data, integrasi Excel kepada Word, 3D summary, fungsi vlookup dan IF. Peserta juga turut diberi latihan oleh penceramah bagi mengukur tahap kefahaman mereka.
Terima kasih diucapkan kepada Miss Karen Cheah atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*