KLINIK KERJAYA: KURSUS COPYWRITING

PASAK KLINIK KERJAYA: KURSUS COPYWRITING

25 & 26 OGOS 2021, 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Program Klinik Kerjaya yang telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami konsep ‘copywriting’ yang dapat meningkatkan teknik ‘copywriting’ yang berkesan.
Klinik Kerjaya: Kursus Copywriting ini dijalankan selama 2 hari oleh Puan Syaizura Hani binti Abd Samat yang mana kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang jenis-jenis copywriting melalui pelbagai platform seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blog, dan lain-lain. Peserta juga didedahkan dengan teknik penulisan yang betul untuk tujuan promosi bagi perniagaan ataupun untuk meningkatkan pengikut (followers) di media sosial.
Kursus ini telah melibatkan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, pencari kerja dan usahawan dari seluruh Negeri Perak.
Program Klinik Kerjaya kali ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di dalam ucapan beliau turut menekankan tentang situasi ekonomi semasa disebabkan oleh penularan Virus Covid-19. Oleh yang demikian, menurut Pengarah PASAK, program yang dianjurkan PASAK ini mampu membantu masyarakat untuk menambah kemahiran dan skill yang diperlukan terutamanya di pasca covid-19 ini. Selain itu, Pengarah PASAK turut menasihatkan para peserta untuk tidak terlalu memilih pekerjaan di dalam waktu ekonomi yang tidak menentu ini.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Syaizura Hani binti Abd Samat dari Kolej Komuniti Kuantan atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada Kolej Komuniti Teluk Intan, atas kerjasama menjalankan program Klinik Kerjaya pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*