KLINIK KERJAYA: KURSUS CONTENT CREATOR

KLINIK KERJAYA: KURSUS CONTENT CREATOR

23 & 24 OGOS 2021, 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Program Klinik Kerjaya yang telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami konsep content creator yang dapat membuat atau mencipta sebuah konsep influencer yang diinginkan oleh masyarakat.Klinik Kerjaya: Kursus Content Creator ini dijalankan selama 2 hari oleh Puan Syaizura Hani binti Abd Samat yang mana kursus ini memberi pendedahan kepada peserta untuk menguasai teknik photoshoot dan suntingan video yang baik video sesuai dengan keperluan content.Kursus Content Creator ini juga mendedahkan peserta tentang perbezaan content creator di setiap platform media sosial yang berbeza seperti di Facebook, Instagram, Youtube, Tiktok, dan lain-lain. Kursus ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan pencari kerja dari seluruh negeri Perak. Terima kasih diucapkan kepada Puan Syaizura Hani binti Abd Samat dari Kolej Komuniti Kuantan atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada Kolej Komuniti Teluk Intan, atas kerjasama menjalankan program Klinik Kerjaya pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*