KLINIK KERJAYA : KURSUS BAHASA INGGERIS SIRI 2

20 Feb 2021 (Sabtu) | 9.00 pagi – 1.00 petang

Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara mengurangkan kesilapan di dalam CV dan Resume, cara menjawab soalan semasa temuduga, cara menulis surat dan email dan banyak lagi. Program ini dihadiri seramai 60 peserta.

Hal ini penting agar peserta dapat menggunakannya sebagai persediaan bagi menghadapi temuduga. Selain itu, peserta juga dapat memperbaiki resume dan CV mereka sebelum ditemuduga.

Kursus Bahasa Inggeris ini disampaikan oleh CIk Nasuha, Ketua Jabatan Bahasa Inggeris, Universiti Sultan Azlan Shah. Terima kasih diucapkan kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*