KLINIK KERJAYA : KURSUS ASAS REKA GRAFIK

4 Feb 2021 | 10 pagi – 1 petang

Kursus Asas Reka Grafik ini dijalankan oleh Puan Siti Rozanae, Pensyarah Kanan UiTM Perak kampus Tapah.

Kursus ini telah melibatkan seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan pencari kerja dari seluruh negeri Perak.Software “inkscape” digunakan untuk kursus ini bagi memberi pendedahan asas kepada peserta tentang reka grafik. Peserta didedahkan dengan konsep layer, objek, warna dan lain-lain. Para peserta juga diminta untuk membuat tugasan iaitu membuat 1 poster bagi program Klinik Kerjaya PASAK.

Ianya telah dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom selama 3 jam bermula 10 pagi sehingga 1 petang. Terima kasih kepada Puan Siti Rozanae atas kesudian untuk bekerjasama dengan PASAK bagi menjayakan program ini. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*