KLINIK KERJAYA – KURSUS ASAS PENGURUSAN PEJABAT (SEKRETARI)

27-28 APRIL 2021, 9.00 PAGI – 1.00 PETANG

Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM MEETING selama 2 hari yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas pengurusan pejabat,teknik visualisation, tujuan , target, cabaran dan halangan semasa di pejabat.

Selain itu, Kursus ini juga memberikan perkongsian tentang asas dan teknik pemikiran positif, keberkesanan komunikasi dan pengurusan masa yang berkesan.Program ini dihadiri seramai 55 peserta yang terdiri yang terdiri dari Belia, Graduan, Mahasiswa, dan juga mereka yang telah bekerjaya dari sekirtar Negeri Perak . Kursus ini disampaikan oleh Puan Rozilah binti Abdul Aziz, Pensyarah Kanan dari UiTM Shah Alam.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kesudian menghadirkan diri sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*