KLINIK KERJAYA : KURSUS ASAS JAHITAN

1 April 2021 (Khamis) | 8.00 pagi – 5.00 petang

Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara bersemuka bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang seni mereka cipta pakaian dan fesyen untuk membuat baju. Klinik kerjaya ini dijalankan bersama Kolej Komuniti Manjung di dalam Bengkel Stiletto dan Bengkel Renaissance yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas menjahit.

Kursus Asas Jahitan ini disampaikan oleh Puan Nur Hafizah, Penolong Pengarah, Kolej Komuniti Manjung, Perak. Program ini dihadiri seramai 12 orang peserta yang terdiri dari anak-anak Perak. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri dan kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*